azliana's FotoPage

By: azliana anor

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]
Thursday, 7-Apr-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Koleksi Kesayangan Duyung

 


Friday, 4-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Taman Negara

Dihadapan Jeti, gerbang utama ke Taman Negara.
Kaunter membeli tiket bot panjang ke Taman Negara.
Bot Panjang sedia menunggu pelancong yang datang.
View all 27 photos...
Inilah percutian yang paling sukar dilupakan. Bermula pada 27/9/2002 dan berakhir pada 29/9/2002 adalah persinggahan yang cuma sekejap tetapi pengalamannya bagai sukar padam dari ingatan. Masih terngiang-ngiang derauan bot panjang, air sungai yang berkocak dan unggas yang berkicau riang sepanjang hari.

Taman Negara yang dihuni oleh pelbagai jenis flora dan fauna ini adalah set yang paling indah untuk dijadikan tempat untuk berbulan madu dan kem motivasi. Suasana alam yang terpelihara, amat memukau pandangan dan mulut tak kan henti memuji kebesaran Tuhan yang telah menciptakan kejadian muka bumi secantik bumi Pahang.

Jika ada rezeki, hati ini ingin sekali menjejakkan kaki lagi ke sana bersama suami tersayang......


Thursday, 3-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Kasih Ibu ke Syurga

Memenangi Pakaian Terbaik pada Annual Dinner 2002
Akhirnya pada 2/5/2002 Farah dilahirkan dengan berat 3.2 kilo.
Kelihatan kepala baby....ketika dlm kandungan
View all 10 photos...
Ibu mana yang mudah melupakan saat-saat manis mengandungkan anaknya. Pada saya, mengandung adalah pengalaman yang cukup manis walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran. Peristiwa memenangi Hadiah Pakaian Terbaik pada Annual Dinner tahun 2002 adalah yang paling membanggakan saya kerana pada ketika itu kandungan saya berumur 8 bulan lebih. Kemenangan itu membuatkan saya rasa tuah mengandungkan Farah. 9 anak dara telah dikalah kan dan 'mak buyung' glamour hingga kini..


Wednesday, 2-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Rindu

Ini gambar hari raya haji.
Ini pun sama. Gambar masa raya haji.
Ha..ini pula baju raya puasa. Pakai masa kat Johor.
Kalau baru belajar makeup ini lah hasilnya...tapi rasanya ia cukup untuk menjadi tatapan suami yang jauh dimata.


Tuesday, 1-Mar-2005 00:00 Email | Share | | Bookmark
Konvoi ke sg Klah Hot Spring Bersama Kelab Kereta Malaysia

Kereta Ketua Konvoi & Penyelaras
Deretan Kereta KMC
Penyelaras: Bigboss/Redhat/Sinchan
View all 6 photos...
Pada 29/1/05 lalu kelab kereta Malaysia telah membuat ekspedisi berkereta ke Hotspring sg klah, di sungkai yang bermotifkan membina semangat serta minda di kalangan ahli kelab serta mempromosikan Hot spring sg klah di kalangan ahli serta orang ramai.
Perjalanan bermula dari stesen minyak projet kota damansara melalui lebuhraya utara selatan dan pekan tanjong malim,slim river serta perkampungan felda di sungkai.
Acara yang menggambil masa 2 hari ini menengahkan kerjasama dan keakarapan sesama ahli serta orang ramai.
Perserta yang tiba didestinasi yang disambut oleh pengurus hot spring sg klah iaitu En Zainudin serta kakitangan.Peserta tiba pada jam 1.00 dimana persiapan makan tengahari yang telah sediakan oleh pihak pengurusan. Makanan tengahari yang disajikan ala kampung yang banyak ulam-ulaman yang ditanam di dalam hotspring itu sendiri.
Selepas menjamu selere pesert bergotong royong mendirikan khemah yang disediakan oleh KMC Ent.
Pada jam 4.30 pm peserta dilepaskan oleh pihak pengurusan sg klah untuk xtvt jungle tracking melalui perkampungan orang asli serta beberapa rimba kecil.
Tahap kecekalan para peserta mengharungi denai sungai yang berbatu serta mengharungi lurah sungai amat membanggakan pihak pengurusan KMC dimana ia dapat membina semangat jati diri dikalangan ahli. Para peserta juga dapat melihat cara penghidupan orang asli serta peramah . Acara ini berakhir jam 7.20mlm.
7.30 mlm para peserta membersihkan diri serta bersedia untuk makan malam. Makan malam ala buffey style kampung serta BBQ.
Jam 9.00 mlm para peserta disajikan dengan acara cerita kampung serta mistri yang disampaikan oleh tok batin.
Jam 11.30 mlm oara peserta menikmati udara serta suasan mendian cara kampung serta menikmati kehangatan air panas di malam hari. Disamping itu juga para peserta dapat menikmati buahan yang disediakan oleh Hotspring.
Acara berakhir jam 1.30 am dan para peserta bersurai.
Jam 6.00 a para peserta dikejutkan dengan moning call. Dan berkumpul I\""untuk sarapan pagi. Selepas bersarapan, pertandingan merebus & makan telur diadakan di kolam Egg Boiling. Selepas itu para peserta melakukan projek amal gotong royong di sekitar Hotspring Sg Klah.
Acara berakhir jam 12.00 tghari dan para peserta berkumpul untuk pulang.
Para peserta juga di bawa melawat ke kawasan Kem Bina Semangat Di Trolak Country Resort. Para peserta dijamu dengan makan tengahari. Jam 2.30 pm para peserta berlepas menghala ke kl untuk pulang dengan melalui lebuhraya dan bersurai di Restorant Jejambat Sh Buloh. Jam 5.00 pm bersurai


[<<  <  [1]  2  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net